Najib Dijangka Temui 12 Sukarelawan Yang Dibebaskan Israel

Diterbitkan: Jumaat, 4 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMMAN: Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menemui 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan oleh Israel setelah mereka ditahan dalam sebuah kapal dekat Gaza pada Isnin semasa menyertai misi antarabangsa membawa bantuan kepada rakyat Palestin.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang berada di sini untuk menemui rakyat Malaysia itu yang termasuk dua petugas stesen televisyen Astro Awani, memberitahu BERNAMA bahawa pertemuan itu akan diadakan apabila kumpulan itu kembali ke Malaysia.

Semalam, Kementerian Luar berkata, kumpulan itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.40 pagi Ahad ini. Mereka berlepas dari sini ke Istanbul, Turki, hari ini untuk mengambil barang masing-masing.

Anifah dan ketua kumpulan itu, Noorazman Mohamad Samsuddin, telah bercakap melalui telefon dengan Perdana Menteri pada Rabu ketika anggota misi itu menghadiri satu majlis di sini bagi meraikan pembebasan mereka.

Anifah berkata, Najib amat bimbang dan mengambil berat mengenai keselamatan rakyat Malaysia itu dan sanggup tidur lewat kerana mahu bercakap dengan mereka.

"Perbualan telefon itu adalah pada 2 pagi waktu Laos di mana Perdana Menteri sedang berada untuk satu lawatan rasmi," katanya. Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki "Mavi Marmara", yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan 10 orang sukarelawan dilaporkan terbunuh.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan