JAS Siasat Pembukaan Ladang Di Hutan Kampung Aring

Diterbitkan: Jumaat, 4 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan kini menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kemusnahan hutan dan pencemaran sungai akibat kegiatan pembukaan tanah bagi pembangunan ladang kelapa sawit berhampiran penempatan Orang Asli Kampung Aring Lima dekat sini.

Pengarah JAS Kelantan, Khairuddin Mohd Idris berkata dua pegawai dihantar untuk melakukan siasatan terhadap kegiatan itu dan tindakan selanjutnya bergantung kepada laporan mereka.

Beliau berkata pegawai-pegawai itu mengadakan pertemuan dengan penduduk Orang Asli dan pihak syarikat terlibat dalam pembukaan ladang kelapa sawit.

Pembukaan kawasan baru didakwa menjadi ancaman kepada kehidupan Orang Asli kerana sumber air bersih mereka semakin tercemar danmereka terpaksa berpindah ke kawasan baru.

Penghulu Orang Asli Kampung Aring Lima, Hek Selik, berkata ramai penduduk di kampung itu mula meninggalkan rumah mereka sejak beberapa hari lalu berikutan kesulitan mendapat sumber air bersih bagi keperluan harian.

"Mereka berpindah dan menjadikan penempatan sementara di tepi sungai dekat Kampung Aring Lapan dan kemungkinan pulang semula sebaik masalah keperluan air bersih selesai.

"Kalau sebelum ini mereka guna air sungai bagi kegunaan harian tetapi disebabkan kotor serta berbau busuk akibat tanah bukit yang disodok syarikat pembukaan ladang menimbus ke dalam sungai, air sungai itu tidak boleh digunakan lagi, katanya.

Pengurus tapak Syarikat Pembangunan Ladang Rekma Sakti, Ong Hock Yin, menafikan projek pembukaan tanah untuk tujuan ladang sawit itu melibatkan sungai tertimbus. Beliau berkata sungai itu sudah lama terbiar kotor dan kerja membersihkan sedang dijalankan semula.

"Memang ada pokok kayu yang disodok tumbang dalam sungai berkenaan dan perkara itu tidak menimbulkan masalah apabila pekerja saya sudah diarahkan mencuci semula kawasan ditebang bagi menjaga kebersihan sungai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan