Guru Wajib Diberi Rehat Dua Kali Sabtu Sebulan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar Wajib memberi ruang rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Beliau berkata, mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik. "Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan guru yang dipaksa oleh guru besar dan pengetua masing-masing supaya mengajar kelas tambahan pada setiap hari Sabtu menyebabkan mereka tiada masa waktu rehat yang secukupnya. Alimuddin berkata, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat ia hendaklah merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang kepada guru merancang aktiviti rehat bersama keluarga.

Beliau berkata, jika hari Sabtu jatuh pada hari kelepasan am sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas dalam sebarang aktiviti. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan