Beri Masa Dan Ruang Kepada Najib Baiki Keadaan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap rakyat memberikan masa dan ruang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia dan memantapkan pembangunan ekonomi negara.

Beliau berkata bukanlah perkara mudah bagi Najib untuk memulihkan keadaan di dalam negara pada masa ini tetapi masalah yang melanda perpaduan dan ekonomi negara boleh diselesaikan jika rakyat berdiri di belakang Perdana Menteri dengan memberikan sokongan yang padu.

"Kalau (Najib) melakukan sesuatu yang tidak baik, tegurlah tetapi kalau dia melakukan yang baik, sokonglah pemimpin kita supaya dia akan dapat kekuatan daripada sokongan kita.

Apabila mendapat sokongan yang kuat, dia dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Sudah tentu pemimpin lemah tidak dapat melindungi kita.

"Sama juga dengan apa-apa kumpulan, pemimpin yang lemah tidak akan memberi manfaat kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bicara Bersama Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad sempena acara Jom Gegar Tanjung Karang di sini semalam.

Untuk Najib menjadi kuat, beliau perlu mendapat sokongan daripada rakyat tetapi pada masa yang sama Perdana Menteri perlu mengambil berat akan tuntutan rakyat yang merupakan pengikutnya, kata Dr Mahathir.

Selain itu orang Melayu perlu bersatu kembali untuk mengembalikan kuasa politiknya kerana walaupun mereka kaum majoriti iaitu 60 peratus daripada populasi rakyat Malaysia, mereka terpecah kepada tiga.

Melayu kini terpecah kepada tiga dan secara matematik Umno hanya mewakili 20 peratus daripada 60 peratus Melayu, begitu juga dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Dua puluh peratus bagi setiap parti orang Melayu dianggap lemah. Orang Melayu sudah hilang haluan ada yang dah masuk DAP. Ada orang Melayu pakai tudung bawa bendera roket (DAP) semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu," katanya Beliau berkata jika orang Melayu berpecah dan lemah ia bukan sahaja membawa keburukan kepada orang Melayu sahaja tetapi bukan Melayu dan juga negara.

Kekayaan negara mesti diagih-agihkan sama rata dan pada masa sama jangan pula ada pihak yang menekan mahu hak mereka sama rata dengan orang Melayu yang masih jauh ketinggalan, tambahnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan