Yang Di-Pertuan Agong Terima 31 Kek Hari Keputeraan

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menerima persembahan kek sempena hari ulang tahun hari keputeraan baginda daripada pelbagai pihak kebanyakannya hotel. Antara 31 kek yang dipersembahkan kepada Seri Paduka baginda di Balairong Seri, Istana Negara di sini, ialah yang berkonsepkan logo 1Malaysia daripada One World Hotel yang seberat 100 kg berperisa coklat dan juga kek buah dari Sunway Resort Hotel & Spa seberat 45kg.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan puteri bongsu baginda Tengku Fatimatuz Zahra.

Persembahan kek merupakan acara tahunan setiap kali sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Hari Raya Aidilfitri.

Hotel lain yang turut menghadiahkan kek pelbagai bentuk dan rasa ialah Hotel Berjaya Times Square, Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Hotel Dorsett Regency, Hotel Eastin Petaling Jaya, Hotel Equatorial Kuala Lumpur, Federal Hotel International Group, Hotel Grand Bluewave Shah Alam.

Grand Millennium Kuala Lumpur, rangkaian Hotel Hilton, Holiday Villa Hotel & Suites Subang, Hotel Impiana KLCC, Hotel Istana, Hotel Le Meredian, Hotel Mandarin Oriental, Hotel Maya, Hotel Nikko, Palace of the Golden Horses, Putrajaya Marriot Hotel & Spa, Hotel Renaissance Kuala Lumpur, Riyaz Heritage Kuala Terengganu, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Hotel Swiss Garden Kuala Lumpur, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Hotel Zon Regency Johor Baharu dan YTL Luxury Hotels & Resorts. Malaysia Airlines, Universiti Teknologi Mara, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan LSG Sky Chefs Brahim Sdn Bhd turut mempersembahkan kek masing-masing kepada Seri Paduka Baginda. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan