Staf KSSB Diberikan Bonus Yang Banyak - Inkuiri Selcat

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pegawai kanan dan kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri dan pemegang konsesi perlombongan pasir, dibayar bonus yang banyak berjumlah lebih RM500,000 pada September 2008 hingga Jun 2009, hanya 10 bulan selepas syarikat itu memulakan operasinya, satu inkuiri diberitahu.

Pengerusi Bukan Eksekutif KSSB Abdul Shukor Nahor, mendedahkan perkara itu pada hari kedua testimoninya pada pendengaran awam yang dikendalikan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

"Staf KSSB menerima bonus berjumlah RM503,613.59 bagi akhir Jun 2009, dan RM137,500 bagi akhir Disember 2008," kata Shukor.

Beliau berkata beliau menerima bonus RM48,000 bagi tempoh September 2008 sehingga Jun 2009, manakala pengarah eksekutif Mohamed Ramli Abd Majed menerima RM82,000.

Selcat sedang menyiasat dakwaan Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam bahawa terdapat aktiviti rasuah membabitkan pegawai kanan KSSB.

Pendengaran awam tiga hari itu bermula semalam dengan pendedahan mengejutkan bahwa kakitangan dan anggota lembaga pengarah KSSB diberikan bonus dua bulan pada Dis 2008, empat bulan selepas ia memulakan operasi.

Pengerusi Selcat Teng Chang Kim berkata 45 kakitangan termasuk pegawai kanan KSSB telah menerima bonus.

"Bonus yang diterima oleh lapan pegawai kanana termasuk Shukor dan Ramli, bersamaan dengan empat bulan gaji manakala 22 kakitangan hanya menerima 1.5 bulan bonus. Jika ia (perlombongan pasir) sukar, bonus lebih besar perlu diberikan kepada kakitangan bawahan," kata Teng.

Shukor berkata bonus itu diberikan berdasarkan sasaran pendapatan syarikat dan untuk memberi motivasi kepada kakitangan untuk bekerja keras.

Menjawab soalan Teng sama ada ia merupakan amalan bijak bagi sektor korporat untuk membayar bonus interim berdasarkan ramalan, Shukor menjawab: "Berdasarkan pengalaman saya, ia tidak pernah berlaku."

Shukor juga berkata beliau tidak berpengalaman dalam industri perlombongan pasir tetapi hanya di dalam sektor korporat dengan memegang jawatan kanan dalam Sime Darby dan Bernas.

Teng berkata kenyataan Shukor itu bertentangan dengan kenyataan Exco Selangor Yaakob Sapari semalam, yang mendakwa bahawa pelantikan Shukor dibuat oleh kerajaan negeri berdasarkan pengalaman dan kelayakannya.

Shukor juga mengulangi bahawa KSSB tidak mempunyai kuasa mengeluarkan lesen kepada kontraktor perlombongan pasir yang merancang untuk beroperasi di atas tanah persendirian kerana syarikat itu hanya merupakan 'pusat pemprosesan' sahaja.

Sementara itu, Ramli, yang memberi keterangan sebagai saksi kedua dalam inkuiri berkata bahawa beliau tidak tahu sama ada KSSB bertanggungjawab dengan ramalan RM127 juta royalti pasir seperti yang diumumkan pada sidang dewan negeri tahun lepas.

"Ini merupakan angka misteri. Saya tidak tahu bagaimana nombor magis ini boleh muncul. Jika syarikat mahu menjana RM120 juta dalam royallti bagi kerajaan negeri, ini bermakna kita mesti menghasilkan 66 juta metrik tan pasir setahun dan Selangor akan menjadi satu lubang besar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan