Satu Kematian Akibat Denggi Dalam Tempoh Tujuh Hari

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 789 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan dalam tempoh tujuh hari bermula 23 Mei lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Ini menunjukkan penurunan sebanyak 45 kes atau lima peratus berbanding 834 kes pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata satu kematian yang dilaporkan pada minggu lepas adalah di Melaka membabitkan kes yang mempunyai sejarah penyakit jantung sejak lahir.

Enam negeri menunjukkan peningkatan kes, dengan Johor mencatatkan 29 kes, Pahang (20), Kedah (14), Kelantan (13), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya (10) dan Perak (satu).

Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah kes terkumpul yang dilaporkan adalah 19,604 kes berbanding 21,707 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Walaupun bilangan kes menurun sebanyak 10 peratus pada tahun ini, bilangan kematian meningkat 15 peratus dari 53 kematian tahun lepas kepada 61 kematian dalam tempoh yang sama tahun ini," katanya.

Kawasan tempat tinggal pesakit adalah kawasan wabak yang telah pun melaporkan enam kejadian kes denggi sehingga 13 Mei lepas, tetapi kawasan persekitaran itu masih tidak bersih dan mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi, katanya.

Dr Mohd Ismail berkata sepanjang minggu lepas, terdapat 24 kawasan berisiko tinggi yang masih aktif, berbanding 34 lokaliti berisiko tinggi pada minggu sebelumnya, melibatkan negeri-negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah.

Daripada jumlah itu, 11 kawasan masih mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi dan hanya empat dari 24 lokaliti berisiko tinggi melaksanakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan itu.

Beliau berkata prestasi aktiviti gotong-royong masih tidak mencapai sasaran kerana kurangnya penyertaan masyarakat kerana sebilangan besar masyarakat masih tidak prihatin tentang bahaya pembiakan Aedes di rumah dan sekitar kawasan kediaman mereka.

Beliau berkata sepanjang minggu lepas, sebanyak 90 peratus daripada bekas yang mempunyai pembiakan Aedes dijumpai diluar premis, terdiri daripada tong plastik, bekas plastik, besi buruk dan alas pasu bunga.

"Aktiviti mencari dan memusnahkan tempat pembiakan perlu dijalankan oleh masyarakat setempat supaya risiko jangkitan demam denggi yang disebarkan oleh nyamuk Aedes dapat dikurangkan," katanya.

Kementerian juga terus berusaha dengan gigih dan proaktif dalam mendidik masyarakat dan sehingga 29 Mei, sebanyak 726 aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan, 1,448 ceramah dijalankan dan 1,808,269 risalah diedarkan di seluruh negara.

Dr Mohd Ismail berkata sempena cuti sekolah yang akan bermula minggu depan, orang ramai yang akan meninggalkan rumah untuk bercuti dinasihat agar memastikan tiada bekas air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes di rumah mereka.

Sementara itu, bagi tempoh sama, sejumlah tiga kes penyakit Chikungunya dilaporkan iaitu dua di Sarawak dan satu di Sabah, penurunan sebanyak tiga kes berbanding enam kes pada minggu sebelumnya.

Jumlah terkumpul kes Chikungunya ialah 558 kes berbanding 2,504 kes, penurunan sebanyak 1,946 kes atau 78 peratus untuk tempoh yang sama pada tahun 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan