Rais Harap Usul Dewan Rakyat Didengari Masyarakat Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berharap usul untuk mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, akan didengari masyarakat antarabangsa bagi mengambil tindakan setimpal dengan apa yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv.

Beliau berkata usul itu yang akan dibawa badan legislatif tertinggi negara, Dewan Rakyat Isnin ini, adalah juga sesuatu yang pernah dilakukan kerajaan, iaitu usul mengecam tindakan Israel menyerang Gaza, dua tahun lepas.

"Semua parti tak kira Barisan Nasional mahupun pembangkang menyokong usul itu (usul sebelum ini)...dengan dahsyatnya serangan Israel (kali ini)... pola yang sama harus dilakukan.

"Dan kami menerusi kementerian ini berharapan tinggi supaya hebahan ini (usul mengecam Israel) dapat didengar dan diiktiraf masyarakat antarabangsa," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pembentangan usul itu yang diputuskan dalam mesyuarat kabinet semalam.

Terdahulu, Rais menyampaikan sijil dan diploma kepada 165 orang lulusan di majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sini hari ini.

Pada subuh Isnin lepas tentera Israel menyerang kapal Turki "Mavi Marmara" yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah dikutuk keras oleh masyarakat antarabangsa.

Seramai 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal itu selamat tetapi beberapa sukarelawan dari negara lain terbunuh.

Rais berkata pendapat Malaysia seperti yang disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah jelas bahawa Israel perlu dihukum oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana melanggar undang-undang antarabangsa serta mencabuli hak asasi kemanusiaan.

Dalam hal ini, katanya PBB melalui Majlis Keselamatan perlu bertindak dan pada masa yang sama negara seperti Amerika Syarikat, iaitu sekutu paling rapat Israel tidak harus menggunakan kuasa veto terhadap apa-apa tindakan terhadap rejim itu dan begitu juga negara anggota majlis tersebut lain, tidak harus mengambil pendirian berkecuali sehingga menggagalkan tindakan majlis itu nanti.

"Tentu sekali soalan ini soal rumit sebab dahulu pun sudah timbul (berlaku seperti ini)...tapi masyarakat dunia mesti melunaskan pandangan bahawa satu-satunya negara pengganas Israel sudah ambil tindakan undang-undang secara sendirian dan tidak memberi penghormatan langsung kepada undang-undang antarabangsa. Kesemua ini harus dipetisyenkan kepada PBB," tegas beliau.

Rais berkata apa juga usul yang Malaysia akan kemukakan di PBB nanti, mesti jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri lagi terhadap tindakan keganasan Israel.

Katanya, Israel mesti menjawab nanti di atas lunas apa serangan itu dilakukan sedangkan mereka tahu kapal ini kapal kemanusiaan.

"Jika jawab mereka kata tidak tahu...ini tolak dalih yang PBB mesti ambil sebagai bukti pencabulan undang-undang," tegas beliau.

Menurutnya tindakan terhadap negara pengganas seperti Israel harus sama seperti tindakan terhadap Slobodan Milosevic, bekas presiden Serbia dan Persekutuan Yugoslavia yang didakwa di Tribunal Jenayah Antarabangsa PBB bagi bekas Yugoslavia.

"Setakat mana berjaya ini, terpulang kepada masyarakat antarabangsa...tapi melihat dari tindakan (negara) masing-masing, saya yakin mereka akan bersekutu memberi sekatan yang sebaik dan sekesan mungkin kepada Israel," kata Rais. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan