Pelantikan Maglin Mantapkan Kedudukan PPP Dalam BN

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelantikan naib presiden Datuk Maglin Dennis D'Cruz sebagai senator dan timbalan menteri dalam rombakan baru Kabinet telah memantapkan lagi kedudukan Parti Progesif Rakyat (PPP) dalam Barisan Nasional (BN).

Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata keputusan itu juga dilihat telah menjawab segala persoalan dari ahli dan penyokong parti mengenai kedudukan PPP dalam BN.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengakui kedudukan PPP dalam BN dengan melantik wakil kita dalam pentadbiran kerajaan," katanya kepada pemberita seepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PPP di sini hari ini.

Najib telah melantik D'Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkuat kuasa mulai esok.

Kayveas juga berkata PPP juga akan mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya menggantikan Datuk T. Murugiah dengan seorang pemimpin kanan parti itu sebaik tempoh bekas Ketua Pemuda parti itu sebagai Senator tamat Oktober ini.

"Selepas selesai tempoh senator, kita akan minta balik (jawatan) untuk PPP kerana itu adalah peruntukan parti dan bukan peruntukan individu.

"Bagaimanapun terserah kepada Perdana Menteri untuk buat keputusan," katanya.

Katanya Najib, selaku Pengerusi BN, dijangka merasmikan Perhimpunan Agung PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 Jun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan