Najib Diberi Sambutan Permaidani Merah Di Laos

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Laos, diberi sambutan permaidani merah di perkarangan pejabat Perdana Menteri Laos di sini hari ini.

Ketibaan Najib kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan, disambut oleh Perdana Menteri Laos Bouasone Boufhavanh.

Sebaik beliau tiba, lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Laos, dimainkan.

Najib kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 200 anggota tentera dari Angkatan Tentera Laos sebelum diperkenalkan kepada barisan Kabinet negara itu.

Najib dan rakan sejawatannya kemudian mengadakan mesyuarat delegasi kedua-dua negara.

Ketika berucap, Najib berkata lawatan rasmi beliau ini amat penting dalam memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Laos.

"Saya membawa bersama saya beberapa ahli perniagaan Malaysia yang berminat meneroka peluang perniagaan di negara anda, misalnya dalam sektor pekilangan,"katanya.

Najib turut mengucapkan tahniah kepada Boufhavanh yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

Najib dan rakan sejawatanya kemudian menyaksikan upacara menandatangani satu perjanjian dan dua Memorandum Persefahaman (MoU)antara Malaysia dengan Laos selepas mesyuarat itu.

Perjanjian yang dimetrai ialah bagi penghindaran cukai berganda dan pencegahan pengelakan fiskal iaitu berkaitan cukai ke atas pendapatan manakala MoU ialah mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dan MoU berhubung kerjasama dalam bidang sukan.

Perjanjian bagi penghindaran cukai berganda ditandatangani oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Kewangan Laos Somdy Duangdy.

Sementara itu, MoU mengenai pengajian tinggi dimeterai oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Noordin dan rakan sejawatannya Dr Fhankham Viphavanh manakala MoU dalam bidang sukan pula ditandatangani oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden Jawatankuasa Sukan Nasional Laos Dr Fhouthong Sengakhom. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan