Tiga Majikan Di Melaka Kena Kompaun Dalam Ops Kesan Perkeso

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebanyak tiga majikan dikenakan kompaun manakala 15 majikan lagi diberi amaran kerana kesalahan gagal mendaftar pekerja dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka.

Pengarah Perkeso Melaka, Zainol Abu berkata, majikan terbabit dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Kesan Perkeso 2010 yang menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 200 premis perniagaan di sebuah pusat membeli belah di Bandar Hilir di sini, semalam.

"Tiga majikan itu masing-masing dikenakan kompaun RM500 manakala 15 majikan yang diberi amaran itu diberi tempoh 14 hari untuk mendaftar pekerja mereka dengan Perkeso," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi dari 8.30 pagi hingga hingga 4.30 petang semalam.

Katanya, jika gagal membayar kompaun itu dalam tempoh satu bulan, majikan terbabit boleh didakwa mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 yang memperuntukkan denda RM10,000 atau penjara dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Beliau berkata, majikan diwajibkan mendaftar pekerja mereka dalam tempoh 30 hari pekerja itu bekerja.

Sejak Januari hingga semalam, Perkeso Melaka mengeluarkan sebanyak 38 kompaun kepada majikan kerana gagal mematuhi AKSP dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 manakala bagi tempoh yang sama tahun lepas, lebih 40 kompaun dikeluarkan atas kesalahan sama.

Setakat April lepas, sebanyak 24,286 majikan mendaftar dengan Perkeso Melaka dan daripada jumlah tersebut sebanyak 10,286 majikan masih aktif. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan