Rombakan Kabinet: Najib Gugur Tee Keat

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

***Muka baru
***Muka baru

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari Kabinet dan tempat beliau sebagai menteri pengangkutan digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu pengumuman rombakan kecil Jemaah Menteri yang dibuat lewat petang semalam.

Kong sebelum ini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perubahan yang berkuat kuasa lusa ini juga menyaksikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang sebelum ini memenangi jawatan naib presiden MCA dilantik sebagai menteri penuh iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Turut dilantik ke jawatan timbalan menteri ialah anak kepada presiden MCA, Chua Tee Yong yang juga merupakan ahli parlimen Labis. Beliau menyandang potfolio Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut mengumumkan pelantikan-pelantikan berikut:

1. Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

2. Datuk G. Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

3. Datuk Richard Riot - Timbalan Menteri Luar (Ahli Parlimen Serian)

4. Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan

5. Datuk Manglin Dennis D'Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

6. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (sebelum ini Timbalan Pertanian dan Industri Asas Tani)

7. Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Dalam Negeri (sebelum ini Timbalan Menteri Luar)

8. Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

9. Jelaing anak Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri)

10. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Ahli Parlimen Labis)

11. Heng Seai Kie - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan