Palanivel Peroleh Nafas Baru, Dilantik Timbalan Menteri

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah lebih sebulan selepas diketepikan daripada bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel 'memperoleh nafas baru' berikutan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Perusahan, Perladangan dan Komoditi dalam rombakan Kabinet semalam.

Palanivel, yang dinamakan sebagai pengganti ekoran cadangan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mengundur diri daripada aktif berpolitik pada September 2011, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Samy Vellu kerana pelantikannya untuk menganggotai Kabinet itu.

Palanivel, bekas wartawan Bernama dan pernah bertugas sebagai Setiausaha Akhbar Samy Vellu, pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum 1990 dengan memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dan mempertahankan kerusi itu selama empat penggal sebelum kalah pada pilihan raya umum 2008.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri bagi dua kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Apabila kerusi Hulu Selangor kosong, Samy Vellu mencadangkan nama beliau namun ditolak oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang kemudian mencalonkan Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu 25 April lepas.

Palanivel dilantik sebagai Senator bulan lepas.

Ketika rombakan Kabinet meneruskan kerjaya politik Palanivel, ia juga merupakan permulaan baru bagi Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (PPP) Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

PPP sebelum ini meminta Najib menggugurkan daripada senarai Kabinet anggota Majlis Tertinggi parti itu, Datuk T. Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Murugiah dikekalkan manakala Maglin, anak kelahiran Kuala Lumpur turut dilantik.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden parti kerana melantik saya sebagai Senator dan anggota Kabinet. Saya berasa sangat gembira kerana dilantik menganggotai sebuah kementerian yang penting," katanya. Ahli perniagaan berpusat di Klang yang terbabit dalam industri perkapalan ini berkata beliau menyertai PPP pada 1996 dan menjadi Naib Presiden pada 1998. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan