NUTP Kemuka Kertas Kerja Cuti Bersalin Guru Dilanjutkan Kepada Anak Keenam

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan memohon melanjutkan cuti bersalin bagi guru kepada anak keenam dan seterusnya.

Faedah cuti bersalin bagi guru kini sehingga anak kelima, kata Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Bercakap bagi 160,000 anggota NUTP di mana 75 peratus keanggotaan adalah wanita, katanya kesatuan itu telah mengemukakan satu kertas kerja bagi tujuan tersebut kepada kerajaan melalui Majlis Bersama Kebangsaan.

Beliau berkata, kerajaan tidak ada masalah untuk melanjutkan faedah bersalin ini kepada guru berkenaan kerana tidak ramai daripada mereka mempunyai anak lebih daripada enam orang.

NUTP yang merupakan persatuan guru yang terbesar di negara ini, juga memohon agar cuti bersalin itu dilanjutkan kepada 90 hari dari kini 60 hari bagi semua kakitangan awam.

Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) telah memungut lebih 500,000 tandatangan menyokong tuntutannya untuk cuti bersalin 90 hari bagi kakitangan sektor swasta.

Menurut setiausaha agung NUBE, J. Solomon, kesatuan itu berharap untuk memungut sejuta tandatangan menjelang perayaan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos.

Antara yang menandatangani setakat ini adalah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Solomon berkata, Malaysia hendaklah menerima pakai cuti bersalin 90 hari kerana kebanyakan negara Asean seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia telah menyediakan faedah ini kepada kakitangannya.

Singapura menyediakan 112 hari untuk cuti bersalin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan