Najib Tiba Di Laos Untuk Lawatan Dua Hari

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Laos untuk memulakan lawatan rasmi selama dua hari.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay di sini pada 7.45 malam waktu tempatan.

Ketibaan mereka disambut Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Laos, Sommad Pholsena, yang juga menteri pengiring, Timbalan Menteri Luar Laos Hiem Phommachanh dan Duta Besar Malaysia ke Laos Zainal Abidin Ahmad.

Ini merupakan lawatan rasmi Najib yang pertama ke Laos sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada April tahun lepas.

Turut serta dalam rombongan beliau ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek selain 50 orang ahli perniagaan Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan