Mayat Pelajar Lemas Ditemui

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pelajar yang hilang di laut ketika mandi di Pantai Sabak di sini semalam ditemui lemas 200 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Shukri Ismail berkata, mayat Tuan Asnan Tuan Nordin, 14, ditemui pada 8.10 pagi oleh pasukan penyelamat yang menyambung operasi mencari pagi ini.

Dalam kejadian 5 petang semalam, Tuan Asnan bersama rakannya, Mohd Amirul Che Zahari, juga 14, hilang di laut selepas dibawa arus deras berdekatan muara sungai di situ.

Mayat Mohd Amirul ditemui pada 6.50 petang semalam tidak jauh dari tempat kejadian. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan