Jangan Hanya Setakat Kutuk Kekejaman Rejim Israel - Dr. M

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Banyak yang boleh dilakukan oleh negara-negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, bagi membantu aktivis yang ditahan dari kapal Mavi Marmara daripada hanya mengutuk sikap kekejaman rejim Israel ke atas armada kecil kapal yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir banyak lagi perkara yang boleh dilakukan daripada setakat mengutuk yang perlu dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di seluruh dunia. Untuk mengutuk Israel...mereka tidak peduli," katanya kepada pemberita mengenai dialog awam dan meja bulat akan datang mengenai "Structural Transformation of Malaysian Economy" anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan New Club of Paris, di sini semalam.

Merujuk penyerang Israel sebagai "rangkaian kumpulan yang tidak berperi kemanusiaan", Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) itu berkata Malaysia dan seluruh dunia boleh menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan ke atas rejim Israel berhubung serangan itu.

"Saya fikir seluruh dunia perlu mengatasi Amerika Syarikat bagi membantu Israel hanya apabila ia melakukan perkara yang betul dan bukan apabila Israel melakukan jenayah anda sokong hanya kerana ia merupakan sekutu anda," katanya.

Semalam, Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mengecam rejim Israel berhubung serangan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia akan mencadangkan perkara itu dibahaskan oleh Majlis Keselamatan PBB secepat mungkin.

Dr Mahathir berkata, Najib tidak terlambat membuat respon ke atas serangan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Tidak, beliau tidak terlambat. Saya mendapat tahu berita itu pada sebelah tengah hari. Beliau memberi komen malam tadi. Mungkin beliau perlu mencari lokasi," katanya sambil menekankan bahawa beliau bukan cuba mempertahankan Najib.

PAS hari ini mengutuk Najib atas reaksi yang terlambat bagi menyuarakan kemarahan Malaysia berhubung serangan Israel ke atas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan menggunakan insiden itu untuk mengaut keuntungan politik ke atas perdana menteri.

Dua belas rakyat Malaysia di atas kapal Mavi Marmara termasuk seorang wartawan dan jurukamera dari Astro Awani.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Dr Mahathir menolak kemungkinan negara akan muflis jika ia terus memberikan subsidi kepada rakyat.

"Dalam usaha untuk membawa mesej kemungkinan Idris telah meperbesar-besarkan sesuatu perkara...kita tidak akan jatuh bangkap tapi kita akan menjadi miskin," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) JPM berkata negara boleh menjadi muflis menjelang 2019 dengan hutang berjumlah RM1.158 trilion jika defisit negara terus meningkat.

Defisit Malaysia meningkat kepada rekod tertinggi RM74 bilion tahun lepas. Mengenai subsidi, Dr Mahathir meminta kerajaan untuk mempertimbang subsidi yang disediakan kepada industri asing.

"Banyak subsidi diberi bagi membantu industri asing di negara ini. Mereka mendapat bekalan elektrik murah, minyak murah dan lebih daripada itu mereka mendapat pengecualian cukai untuk 10 tahun. Kita memberi subsidi kepada mereka tetapi sebenarnya kita tidak mendapat apa-apa," katanya.

Bagaimanapun, rasionalisasi subsidi tidak perlu menjadi satu tindakan yang segera tetapi perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan