DPMMPP Lancar Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin

Diterbitkan: Rabu, 2 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu-Islam Pulau Pinang melancarkan kempen pungutan derma untuk disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.

Naib Yang DiPertua DPMMPP Yuslinov Ahmad berkata, pihaknya juga akan meminta semua masjid di negeri ini menjalankan kutipan untuk di salurkan kepada tabung itu.

DMMPP turut menyumbang RM25,000 kepada tabung itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Pihak kami juga menggesa seluruh masyarakat untuk memboikot semua produk keluaran Israel dan sekutunya," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan