Wisma Putra Diarah Selamatkan Sukarelawan Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Wisma Putra menyelamatkan sukarelawan Malaysia ke Gaza yang kini ditawan tentera rejim Zionis.

Perdana Menteri juga mahu Kementerian Luar mendapatkan maklumat terkini tentang nasib aktivis-aktivis terbabit melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak ketiga berhubung status keselamatan mereka.

Malah beliau menegaskan, Malaysia akan mengusulkan tindakan pencabulan Israel dibawa ke sidang Majlis Keselamatan PBB minggu depan bagi membolehkan satu tindakan diambil terhadap rejim zionis itu.

"Kita akan bawa ke Majlis Keselamatan PBB untuk lihat bagaimana boleh ambil tindakan terhadap Israel," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sehingga kini nasib 11 rakyat Malaysia termasuk dua krew televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel pagi semalam masih belum diketahui.

Setakat tengah malam tadi, sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan mati dan berpuluh lain cedera dalam serbuan komando Israel ketika kapal itu berada di perairan antarabangsa, di luar pantai Gaza.

Mereka yang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu ialah Noorazman Mohd Shamsuddin, Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamaluddin Elias, Al Hami Hussian Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad, Abd Halim Mohamed Redzuan, Hasanuddin Aqsi As Syarif.

Dua krew Astro Awani ialah wartawan Ashwad Ismail dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip.

Ditanya saluran yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat berhubung status keselamatan rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara berkenaan, Najib berkata Malaysia akan menggunakan Wakil Tetap di PBB serta melalui badan perisik antarabangsa.

"Kita juga ada rakan-rakan kita (negara lain) dan juga mempunyai hubungan dengan badan-badan perisik antarabangsa untuk cuba mendapatkan maklumat ," katanya.

Ditanya sama ada Malaysia akan memboikot produk keluaran Israel, Najib berkata: "Boikot pada masa ini tak beri apa-apa kesan, kita akan pikir apa yang patut dilakukan melalui Majlis Keselamatan PBB."

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan