Tumpahan Minyak Di Pangerang Beri Kesan Minima Pada Negara

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tumpahan minyak di perairan Pengerang dan pesisir pantai sekitarnya akibat pelanggaran kapal MV Waily dengan MT Bunga Kelana 3 minggu lepas hanya memberi kesan minima kepada alam sekitar di negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, tumpahan tersebut hanya memberi kesan minima kepada Malaysia kerana kebanyakan tumpahan dibawa arus ke perairan Singapura.

Bagaimanapun, Malaysia dan Singapura mempunyai prosedur operasi standard dalam mengawal sebarang krisis tumpahan minyak di kawasan perairan masing-masing, katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamanannya sempena sambutan Hari Gawai Dayak di sini hari ini.

Katanya, ketika ini kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak itu giat dijalankan oleh kira-kira 200 petugas termasuk mereka yang diupah oleh syarikat perkapalan tersebut.

Perlanggaran berlaku pada 25 Mei lalu di lokasi empat batu nautika Barat Daya Tanjung Stapa, Pengerang dan kira-kira 3.7 batu nautika dari perairan Singapura.

Ketika kejadian itu, MT Bunga Kelana 3 membawa 63,054 tan metrik 'light crude oil' milik Petronas dari Bintulu ke kilang penapis Petronas di Melaka, manakala kapal MV Waily membawa kargo bijih besi dan sedang dalam pelayaran dari India ke Hong Kong.

Kejadian menyebabkan 2,000 tan metrik minyak tumpah setelah berlaku koyakan sepanjang 10 meter pada MT Bunga Kenanga manakala MV Waily hanya mengalami kerosakan kecil.

Bunga Kelana 3 didaftarkan di Pelabuhan Klang manakala MV Waily berdaftar di Kingstown, Saint Vincent and The Grenadines. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan