Tiga Majikan Di Melaka Kena Kompaun Dalam Ops Kesan Perkeso

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebanyak tiga majikan dikenakan kompaun manakala 15 majikan lagi diberi amaran kerana kesalahan gagal mendaftar pekerja dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka.

Pengarah Perkeso Melaka, Zainol Abu berkata, majikan terbabit dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Kesan Perkeso 2010 yang menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 200 premis perniagaan di sebuah pusat membeli belah di Bandar Hilir di sini, hari ini.

"Tiga majikan itu masing-masing dikenakan kompaun RM500 manakala 15 majikan yang diberi amaran itu diberi tempoh 14 hari untuk mendaftar pekerja mereka dengan Perkeso," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi dari 8.30 pagi hingga hingga 4.30 petang ini.

Katanya, jika gagal membayar kompaun itu dalam tempoh satu bulan, majikan terbabit boleh didakwa mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 yang memperuntukkan denda RM10,000 atau penjara dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Beliau berkata, majikan diwajibkan mendaftar pekerja mereka dalam tempoh 30 hari pekerja itu bekerja.

Sejak Januari hingga semalam, Perkeso Melaka mengeluarkan sebanyak 38 kompaun kepada majikan kerana gagal mematuhi AKSP dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 manakala bagi tempoh yang sama tahun lepas, lebih 40 kompaun dikeluarkan atas kesalahan sama.

Setakat April lepas, sebanyak 24,286 majikan mendaftar dengan Perkeso Melaka dan daripada jumlah tersebut sebanyak 10,286 majikan masih aktif. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan