Sektor Perbankan Malaysia Perlu Lebih Berdaya Tahan Hadapi Persaingan Sengit - Najib

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sektor perbankan Malaysia menjadi lebih kukuh dan berdaya tahan untuk berdepan persaingan sengit dengan peserta serantau dan global.

"Kita mahu melihat bank-bank kita menjadi kukuh dan pesat ketika kita melangkah ke hadapan," kata beliau semasa menjawab soalan yang ditanya oleh kakitangan Malayan Banking Bhd (Maybank) mengenai apakah aspirasi beliau bagi industri perbankan Malaysia di masa depan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, Isnin melawat Menara Maybank untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-50 bank tersebut dengan kakitangannya.

Perdana Menteri diberi sambutan meriah oleh lebih 2,000 kakitangan Maybank yang sesetengah daripada mereka mengenakan baju tradisional, mencerminkan keluarga, 1Maybank.

"Kita bernasib baik mempunyai banyak ciri-ciri industri perbankan di Malaysia hari ini dan ini merupakan satu daripada alasan mengapa kita boleh pulih tanpa sebarang masalah daripada kemelesetan global baru-baru ini kerana kita mempunyai sektor perbankan yang kukuh dan berdaya tahan," kata beliau.

Najib berkata sektor perbankan perlu mengukuhkan lagi kekuatan kewangannya dan mengembangkan asas asetnya untuk bersaing dengan bank-bank asing.

"Untuk lebih kompetitif, ia melibatkan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu serta mengukuhkan kemahiran profesional orang yang terlibat dalam industri ini.

"Saya melihat dalam konteks membangunkan lagi sektor perbankan di Malaysia agar kita akan menjadi satu daripada bank terkukuh di dunia dari segi petunjuk-petunjuk utama," kata Najib.

Perdana Menteri juga melahirkan harapan lebih banyak bank tempatan mempunyai operasi kukuh di luar negara.

Terdahulu, dalam ucapan beliau, Najib berkata kerajaan berazam untuk meningkatkan pembangunan sosio ekonomi, mewujudkan keseimbangan lebih baik dalam bahagian di mana terdapat ketidakseimbangan dan memberi inspirasi kepada setiap warganegara untuk berusaha mencapai kecemerlangan dan prestasi tinggi.

"Model Ekonomi Baru dan Bidang Keberhasilan Utama Negara akan memacu perubahan dan membawa kepada kepada ekonomi pendapatan tinggi yang akan membantu kita mencapai matlamat kita," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan