Rombakan Kabinet Esok Atau Petang Ini?

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disebut-sebut akan membuat rombakan kabinet sama ada jam 5 petang ini atau esok iaitu sejurus sebelum beliau berangkat ke Laos untuk lawatan kerja rasmi selama dua hari, demikian mStar online difahamkan.

Adalah difahamkan, perdana menteri akan mengumumkan rombakan kabinetnya minggu ini tetapi hujah bahawa ia akan dilakukan jam 5 petang ini atau kemungkinan juga esok menjadi pilihan memandangkan Rabu adalah hari di mana jemaah menteri bersidang.

Kebiasaannya sebelum kabinet bersidang, perdana menteri dijadualkan terlebih dahulu menghadap sembah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sebarang perubahan dalam barisan jemaah menteri memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Bagaimanapun, mStar difahamkan, rombakan yang bakal dilakukan itu hanyalah satu rombakan kecil sahaja.

Antara lain, tidak sepertimana yang dijangkakan sebelum ini, MCA - parti kedua terbesar dalam komponen Barisan Nasional (BN) - tidak memohon untuk mengubah senarai wakil mereka di dalam kabinet.

MCA mempunyai empat orang wakil dalam kabinet iaitu Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Sebaliknya, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukan sahaja tidak mahu dirinya dipertimbangkan sebagai calon menteri tetapi tidak juga meminta supaya nama lawannya, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan.

Mungkin apa yang bakal berlaku ialah perubahan dari segi potfolio kerana ia adalah prerogatif perdana menteri.

Terdapat juga cakap-cakap mengatakan seorang atau dua menteri dari kalangan Umno akan sama ada bertukar potfolio atau digugurkan.

Antara lain, ramai yang menjangkakan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang beberapa bulan lalu terpaksa menjalani rawatan yang berpanjangan akan diberikan kementerian yang kurang 'stres'.

Ini memandangkan, bebanan tugas beliau sebagai menteri luar yang 'memaksanya' untuk mengembara ke luar negara secara kerap tidak lagi mengizinkan dengan situasi kesihatannya yang baru sahaja pulih.

Pada masa yang sama, cakap-cakap bahawa seorang menteri kanan akan digugurkan terus bermain-main dan ini juga membuka ruang kepada spekulasi bahawa Najib akan membawa masuk seorang lagi tenaga profesional sama seperti Idris Jala ke dalam kabinet khususnya untuk mengurus ekonomi dan isu berkaitan subsidi.

Malah ada juga yang berkata jangan terkejut sekiranya Najib membawa masuk tenaga muda dalam barisan kabinetnya termasuklah sebagai timbalan menteri.

Sehubungan dengan itu, nama-nama seperti Ketua Pemuda Umno dan BN, Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahathir yang kini sudah pun menjadi timbalan menteri malah Ezam M Noor yang baru sahaja dilantik sebagai senator kemungkinan besar disenarai pendekkan oleh Najib.

Sementara itu, mStar juga difahamkan terdapat beberapa orang menteri kanan telah dipanggil mengadap timbalan perdana menteri dan perdana menteri sejak minggu lalu lagi.

Hanya ada dua kemungkinan sahaja ini berlaku. Pertama, sama ada untuk memaklumkan bahawa menteri berkenaan akan digugurkan atau dimaklumkan bertukar kementerian.

Sementara itu, di peringkat timbalan menteri, pelantikan Datuk G. Palanivel sebagai senator bulan lalu turut menimbulkan persoalan sama ada beliau akan dilantik semula sebagai seorang timbalan menteri.

Palanivel sebelum ini atas kapasitinya sebagai timbalan presiden MIC memegang potfolio timbalan menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Terdapat juga desas desus mengatakan dua orang naib presiden MCA yang baru akan turut mengisi jawatan timbalan menteri. Antara yang disebut-sebut ialah Datuk Donald Lim yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai senator.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan