Perhimpunan Bantah Tindakan Israel Kecoh, Pemuda Palestin Cederakan Diri Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Moin Mohamed Habib cuba mencederakan diri sendiri dengan pisau setelah perhimpunan aman hampir tamat di depan Kedutaan Amerika Syarikat di sini hari ini.
Moin Mohamed Habib cuba mencederakan diri sendiri dengan pisau setelah perhimpunan aman hampir tamat di depan Kedutaan Amerika Syarikat di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) menjadi kecoh seketika apabila seorang pemuda warga asing bertindak mencederakan dirinya sendiri.

Dalam insiden selama lebih kurang 15 minit itu, seorang pemuda Palestin, Moin Mohamed Habib yang tidak berbaju telah bertindak mengelar badan dan sebahagian kakinya sehingga luka.

Dia pada mulanya dilihat menjadi salah seorang daripada kira-kira 500 wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perhimpunan tersebut.

"Dia ialah salah seorang yang paling bersemangat melaungkan tanda protes ketika bantahan secara beramai-ramai, namun pada waktu itu dia tidak membuat kacau," kata salah seorang peserta perhimpunan yang menyaksikan insiden tersebut.

Namun, ketika perhimpunan hampir tamat dan semua peserta mahu bersurai, lelaki terbabit secara tiba-tiba mengamuk dan tidak dapat mengawal diri sebelum melakukan aksi yang membahayakan dirinya.

Sambil itu dia juga dilihat terlalu beremosi mengenangkan nasib para sukarelawan dan marah terhadap tentera Israel.

Suasana menjadi lebih cemas apabila pemuda tersebut bukan sahaja menoreh perut dan dan pahanya tetapi juga mencuba menelan mata pisau.

Namun, percubaannya tidak berjaya apabila pihak polis berjaya menghalangnya daripada bertindak sedemikian.

Pemuda terbabit kemudiannya dibawa menaiki kereta polis, sebelum dihantar ke hospital untuk diberi rawatan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan