Pergerakan Pemuda BN Gesa PBB Ambil Tindakan Terhadap Israel

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melakukan siasatan bebas ke atas rejim Israel yang menyerang kapal misi kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmala semalam.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan kejam tentera marin Israel semalam harus disiasat dengan teliti kerana dengan jelas kerajaan Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa kerana serangan itu berlaku di perairan antarabangsa.

Tegasnya, rejim itu seharusnya dibawa ke muka pengadilan bukan sahaja berkaitan serangan terhadap kapal itu tetapi juga penindasan dan tindakan kejam rejim itu ke atas rakyat palestin.

"Perkara ini bukan isu yang baru, ia telah lama berlarutan dan tiada sebarang tindakan diambil terhadap Israel.

"Dan ingin saya tekankan bahawa isu ini bukan isu agama tetapi ia adalah isu sejagat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Khairy yang diiringi oleh 10 orang wakil daripada Pergerakan Pemuda BN menghantar satu memorandum kepada wakil PBB di Malaysia, Kamal Maholtra.

Antara yang hadir pada penyerahan memorandum itu adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Ketua Pemuda MIC, T.Mohan dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Megat Firdouz Megat Junid.

Dalam pada itu, Khairy berkata, Anggota Tetap Majlis Keselamatan PBB seperti Amerika Syarikat, Britain, China, Rusia dan Perancis perlu bergerak dengan pantas dan memulakan siasatan khas terhadap Israel.

"Amerika Syarikat juga perlu telus dalam hal ini dan tidak terus melindungi Israel kerana satu dunia sudah tahu kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

"Kini bukan sahaja mereka membuat tindakan terhadap rakyat negara itu malah dengan berani membunuh dan bertindak kejam ke atas aktivis dari seluruh dunia yang ingin menghantar bantuan ke Gaza," katanya.

Menurutnya, selain menyeru PBB mengambil tindakan tegas terhadap kerajaan Israel, memorandum itu turut menyatakan pendirian tegas Pemuda BN terhadap serangan yang turut melibatkan sekurang-kurangnya 11 rakyat Malaysia.

"Kita mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap konvoi bantuan kemanusiaan di Gaza kerana niat mereka ke sana adalah murni untuk membantu mangsa kekejaman rejim Israel.

"Mereka tidak membawa senjata seperti yang didakwa oleh propaganda Israel tetapi membawa makanan, ubat-ubatan dan peralatan untuk membantu membangunkan semula Palestin," katanya.

Katanya lagi, Kamal berjanji untuk menyampaikan memorandum itu hari ini kerana Majlis Keselamatan PBB yang sedang bersidang dalam memastikan suara rakyat negara ini dapat diberi perhatian.

Sementara itu, Khairy berkata, tiada berita mutakhir yang diterima mengenai nasib rakyat Malaysia yang turut berada di dalam kapal tersebut dan pihaknya akan terus berhubung dengan keluarga mangsa untuk mendapatkan sebarang maklumat.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi (waktu Malaysia) semalam, tentera marin Israel telah menyerang kapal Mavi Marmala ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza dan telah diserang oleh tentera Israel menggunakan peluru hidup serta semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.

Konvoi Flotila Pembebasan adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia dan melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang.

Setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera. Belum dapat dipastikan nasib 11 rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi laut berkenaan.

Difahamkan tentera rejim Zionis telah menguasai bilik media menyebabkan hubungan dengan kapal-kapal terbabit putus.

Dua warganegara Malaysia - wartawan, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani yang menaiki kapal Turki bernama Mavi Marmara diserbu komando Israel pada kejadian itu dan nasib mereka masih belum diketahui.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan