Pas Harap Obama Main Peranan Hentikan Kekejaman Israel

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa masyarakat dunia supaya mengambil tindakan tegas terhadap Israel ekoran tindakan tenteranya menyerang sebuah kapal membawa bantuan antarabangsa ke Gaza semalam.

Katanya Malaysia perlu membawa isu itu ke Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kerana serangan kejam itu jelas menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel sehingga boleh bertindak sewenang-wenangnya dengan menyerang sebuah kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza di kawasan perairan antarabangsa.

"Pas mendesak agar Presiden Amerika Syarikat Barack Obama memainkan peranannya dan menghentikan kekejaman oleh Israel ini, demi keamanan dan keselamatan di rantau itu," katanya dalam satu kenyataan media Selasa.

Kenyataan itu dibaca oleh Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa pada sidang akhbar di ibu pejabat Pas di sini hari ini. Turut hadir ialah dua Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Pas menuntut agar empat tindakan dilakukan oleh masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikan masalah tersebut antaranya menggesa Majlis Keselamatan PBB menamatkan kepungan ke atas Gaza dengan melaksanakan dan menjamin keselamatan di rantau tersebut.

Dua rakyat Malaysia, iaitu seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal "Mavi Marmara" itu dan nasib mereka masih tidak diketahui sehingga kini.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki, merupakan satu daripada kapal yang membawa kira-kira 700 sukarelawan dari 50 negara untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Ia serang oleh pasukan komando Israel semalam mengakibatkan beberapa orang terbunuh.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan itu sebagai paling kejam pernah berlaku dalam sejarah rejim zionis itu.

Beliau mahu semua rakyat, tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama, bangkit mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

"Insya Allah kemusnahan akan berlaku ke atas Israel satu hari nanti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan