Malaysia Kutuk Serangan Israel, Desak Majlis Keselamatan PBB Adakan Mesyuarat Tergempar

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk serangan tentera Israel terhadap armada kapal kecil membawa bantuan kemanusiaan yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza di perairan antarabangsa, yang jelas merupakan "satu pencabulan serius undang-undang antarabangsa".

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mahu Israel menghentikan segera layanan buruk dan tidak berperikemanusiaan terhadap para sukarelawan dan mendesak supaya mereka dibebaskan segera.

Beliau turut meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu bagi membincangkan tindakan jenayah Israel terhadap para aktivitis kemanusiaan.

Selain itu, PBB juga hendaklah menarik balik sekatan tidak berperikemanusiaan di Gaza, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Anifah berkata Wisma Putra mengikuti perkembangan insiden berkenaan dengan teliti kerana beberapa rakyat Malaysia berada di atas kapal berkenaan.

Armada kapal kecil itu mengandungi sembilan buah kapal, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki.

Sebuah daripada kapal itu, Mavi Marmara, diserang oleh tentera Israel pagi semalam, berdekatan Gaza, dengan dua rakyat Malaysia -- seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani -- berada di atas kapal dengan nasib mereka masih belum diketahui.

Bagaimanapun, enam wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) selamat kerana berada di atas kapal lain.

Anifah berkata kerajaan Malaysia merakamkan simpati dan mengucapkan takziah kepada anggota keluarga yang terbunuh dan cedera dalam insiden berkenaan dan semoga Allah SWT memberikan mereka kekuatan dan ketabahan menghadapi tragedi itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan