Kes Keganasan Rumah Tangga Di Perak Meningkat 34 Peratus Tahun Lepas

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bilangan kes keganasan rumah tangga di Perak meningkat 34 peratus dengan 304 kes dilaporkan tahun lepas berbanding 227 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman.

Katanya, peningkatan kes tersebut disebabkan tahap kesedaran jenayah atau penderaan rumah tangga telah meningkat di kalangan isteri.

Bagaimanapun, beliau percaya ramai lagi isteri yang dianiya oleh suami masing-masing tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana malu dan bimbang dengan soal keselamatan.

"Kemungkinan mangsa tidak tahu di mana tempat untuk membuat aduan, selain bimbang diugut oleh suami menyebabkan mereka berdiam diri", katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPWK peringkat negeri di sini hari ini.

Hamidah berkata, bagi membantu masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan Unit Cawangan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak.

Unit tersebut dikendalikan oleh anggota polis wanita yang berupaya membantu masalah yang dihadapi oleh kaum tersebut berbanding sebelum ini dikendalikan oleh anggota polis lelaki, katanya.

Hamidah, yang juga exco kanan negeri, menasihatkan wanita yang dianiaya oleh suami masing-masing supaya tampil membuat aduan kepada unit berkenaan bagi mendapatkan perlindungan.

Sementara itu, MPWK melalui kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mewujudkan sebuah rumah pusat perlindungan sementara bagi menempatkan wanita hamil di luar nikah dan isteri yang dianiya oleh suami.

Pusat tersebut, yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, dijangka beroperasi awal tahun depan dan akan memberikan khidmat kaunseling, pendidikan dan agama kepada penghuninya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan