KDN Sasar Penanda Aras Baru Bagi Kontinjen Polis Negeri

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI ISKANDAR: Satu penetapan penanda aras baru akan dilakukan bagi Kontinjen Polis Negeri yang dipilih sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antaranya ialah menjadikan Polis Kontinjen Kuala Lumpur sebagai pasukan bertaraf dunia menyamai status yang dimiliki Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) di Amerika Syarikat dan sebagai hub antarabangsa di bawah Model Baru Ekonomi (MEB).

"Kita sudah dapat persetujuan daripada pihak pengurusan PDRM untuk memfokuskan sesetengah kawasan atau kontinjen sebagai peneraju bidang tertentu.

Kawasan lain meliputi tumpuan terhadap kepolisan berasaskan komuniti di Selangor dan meletakkan Kontinjen Polis Pulau Pinang sebagai pangkalan untuk bidang teknologi tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah berharga RM58.7 juta di sini hari ini oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Kompleks itu yang siap sepenuhnya pada Ogos 2008 dilengkapi dengan bangunan pentadbiran, lapang sasar, surau, dewan serbaguna, lima buah banglo dan 12 rumah berbandung untuk pegawai serta 122 unit rumah teres bagi anggota pelbagai pangkat. Hishammuddin berkata, selain itu usaha untuk menaiktaraf balai-balai polis di seluruh negara dan menyediakan lebih banyak peluang latihan turut akan diberikan tumpuan di bawah NKRA itu.

Menurut beliau, kementerian berkenaan dan PDRM dijangka menerima peruntukan mencukupi untuk melaksanakan agenda yang telah ditetapkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan RMK-10 pada 10 Jun ini.

Beliau berkata, KDN telah mengenal pasti cabaran semua jabatan dan agensi di bawahnya yang perlu diberi keutamaan semasa penyediaan program dan projek kepada perkara berkait rapat dengan gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan MBE.

Selain itu, KDN turut mengenal pasti strategi untuk melonjak kecemerlangan dan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan melalui usaha meluaskan perkhidmatan kaunter, penubuhan unit bergerak serta pembangunan dan peningkatan keupayaan sistem perkomputeran, sejak tahun lalu.

"Semua misi yang digariskan ini adalah untuk memastikan rakyat iaitu pihak yang menjadi kumpulan sasar akan menikmati hasil dan merasai perubahan yang diinginkan," katanya.

Katanya, sepanjang RMK-9, peruntukan besar telah dibelanjakan khusus untuk PDRM bagi memastikan pasukan keselamatan itu dapat berfungsi dengan baik.

Hishammuddin berkata, sejumlah RM589 juta dibelanjakan untuk projek membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), RM2.28 bilion bagi projek IPD dan RM974 juta untuk projek membabitkan balai dan pondok polis. Beliau berkata, beberapa lagi tindakan terbaru untuk meningkatkan keupayaan PDRM dan usaha mengurangkan kadar jenayah dijangka diumumkan selepas Perdana Menteri bersama kakitangan perkhimatan awam dan pasukan keselamatan mengadakan program tinjauan mesra di Sea Park, Petaling Jaya, Selangor esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan