Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Filipina

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 6.16 petang semalam.

Gempa bumi itu berlaku di 7.0 darjah Utara dan 124.1 darjah Timur kira-kira 191km barat Davao, Filipina dan 675km timur laut Lahad Datu, Sabah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan