Belum Ada Maklumat Terkini Nasib Warga Malaysia Dalam Mavi Marmara

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Nasib rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang diserang Israel pagi semalam tidak diketahui kerana maklumat terkini belum diperoleh atau disahkan pihak berkenaan, kata Pengerusi Pengurusan Krisis Lifeline4Gaza, Zulkifli Mohd Nani.

Beliau berkata, selagi tidak ada pengesahan, Lifeline4Gaza menganggap kesemua mereka berada dalam keadaan selamat buat masa ini.

"Bagaimanapun, kami berharap dan berdoa kesemua mereka selamat kerana setakat ini tidak ada pengesahan daripada mana-mana pihak sama ada mereka cedera atau tidak", katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki, sedang dalam perjalanan menghantar bekalan makanan, perubatan dan makanan ke Gaza ketika diserang komando Israel di perairan antarabangsa semalam.

Tiga daripada 11 rakyat Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu dipercayai berada di Mavi Marmara termasuk ketua delegasi Malaysia, Noorazman Mohd Shamsuddin yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta wartawan dan jurukamera Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latip. Zulkifli berkata, Lifeline4Gaza akan mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Luar petang ini bagi mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber kementerian mengenai nasib rakyat Malaysia itu.

Lifeline4Gaza adalah gabungan 11 badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa bantuan kemanusiaan untuk warga Palestin yang menderita akibat sekatan sempadan yang dikenakan oleh rejim Zionis Israel.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Abdul Halem Mat Som berkata, pihaknya masih belum menerima apa-apa perkembangan mengenai nasib seorang eksekutif SYABAS yang dipercayai antara 11 rakyat Malaysia yang terlibat itu.

Beliau berkata, eksekutif berkenaan Abdul Halim Mohd Redzuan telah mengambil cuti tanpa gaji untuk menyertai misi kemanusiaan ke Gaza itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan