500 Anggota NGO Bantah Kekejaman Israel, Tuntut Sukarelawan Dibebaskan

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suasana perhimpunan selepas memorandum diserahkan kepada pihak kedutaan AS.
Suasana perhimpunan selepas memorandum diserahkan kepada pihak kedutaan AS.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) - sekutu rejim Israel - di sini hari ini membantah serangan tentera Zionis ke atas kapal Mavi Marmala pagi semalam yang mengorbankan kira-kira 10 aktivis dan mencederakan 30 lain.

Mereka juga menuntut Israel membebaskan kesemua sukarelawan yang ditahan selain mahu rejim itu bertanggungjawab ke atas serangan dengan menghantar mereka yang cedera ke hospital.

Tuntutan berkenaan terkandung dalam memorandum yang diserahkan wakil NGO terbabit, Zulkefli Mohd Nani bersama Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Setiausaha Agung Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Solehuddin Shuib.

Menurut Zulkefli, yang juga Pengerusi Pasukan Pengurusan Krisis Projek LifeLine4Gaza (CMT), memorandum yang mengutuk serangan tentera Israel itu adalah untuk kerajaan Israel melalui wakil AS memandangkan negara kuasa besar itu adalah sekutu rejim Zionis.

"Selain itu, kita minta kerajaan AS membantu kita mendapatkan maklumat tentang perkembangan dan nasib 11 sukarelawan Malaysia yang berada di sana.

"Dengan kepakaran dan kuasa yang dimiliki mereka, kita yakin kerajaan AS mampu untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan secepat mungkin," katanya.

Dalam pertemuan dengan dengan setiausaha politik AS di Malaysia itu, Zulkefli turut meminta AS memberikan rawatan segera jika terdapat mana-mana aktivis kemanusiaan ke Gaza yang mengalami kecederaan, khususnya aktivis Malaysia.

"Yang mana cedera, kita mereka hantar ke hospital. Seterusnya kita juga berharap mereka dapat dibawa pulang dalam keadaan selamat," katanya.

Ditanya tentang reaksi setiausaha politik AS ketika memorandum diserahkan, tidak banyak yang dapat diulas kerana pertemuan yang terlalu singkat.

Namun, beliau yakin kerajaan AS, melalui kedutaannya di Malaysia akan memberikan bantuan seperti yang diminta memandangkan tindakan rejim Zionis itu jelas sekali melanggar hak kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

Selain HALUAN dan PACE, NGO lain yang terlibat dalam perhimpunan termasuklah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islamiah Malasia (JIM), Muslim Care, Yayasan Amal Malaysia dan banyak lagi.

Jumaat ini, satu perhimpunan raksaksa akan diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Bangunan Tabung Haji di sini bagi membantah kekejaman tentera Israel terhadap konvoi Flotila Pembebasan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan