TUDM Rancang Miliki Pesawat Canggih Seiring Dengan Pemodenan Pasukan

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merancang untuk memiliki beberapa jenis pesawat tempur baru bagi mengukuhkan lagi pasukan itu sejajar dengan perkembangan teknologi dan usia TUDM yang menjangkau 52 tahun esok.

Panglima TUDM Jen Datuk Seri Rodzali Daud berkata satu pasukan penilaian telah ditubuhkan bagi mengkaji beberapa jenis pesawat yang telah dikenalpasti dalam usaha memiliki aset canggih sejajar dengan peredaran semasa.

Beliau berkata antara pesawat yang diteliti ialah F/A-18E/F Super Hornet buatan Amerika yang dianggap mempunyai keupayaan multi role combat aircraft (MRCA) iaitu mampu melakukan tugas dari udara ke udara dan udara ke bumi.

"Sesuai dengan perkembangan semasa dari segi teknologi dan pemodenan aset, TUDM sememangnya memerlukan pesawat berteknologi terkini untuk membolehkannya bersaing dengan pesawat negara-negara lain di rantau ini," katanya kepada Bernama dalam wawancara khas sempena sambutan ulang tahun TUDM ke-52 esok.

Namun, TUDM tidak memfokuskan hanya kepada pesawat F/A-18E/F Super Hornet sahaja sebaliknya turut mengkaji beberapa pesawat lain seperti Gripen dan Eurofighter yang dianggap pesawat berteknologi tinggi dalam kelasnya yang tersendiri.

Katanya pasukan penilaian itu turut ditugaskan untuk meneliti beberapa aspek sebelum sesuatu perolehan pesawat dibuat seperti keupayaan pesawat, sokongan alat ganti, kos dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan.

"TUDM mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pesawat F/A-18D dan kita sedang mengkaji faktor keupayaan pesawat F/A-18E/F Super Hornet yang lebih canggih daripada pesawat itu," katanya.

Beliau berkata walaupun pihaknya sedang meneliti pesawat-pesawat canggih yang lain, namun pesawat yang sedia ada tidak diabaikan termasuk pesawat tempur SU-30 MKM yang mana pesawat terbabit boleh membuat pelbagai penugasan strategik dan taktikal udara dengan berkesan.

"TUDM telah pun memiliki dua pesawat MRCA iaitu F/A-18D dan SU-30MKM, kedua-dua pesawat ini sememangnya berkemampuan untuk menjaga ruang udara negara dan kita sedang merancang untuk menukarkan pesawat-pesawat bukan MRCA kepada keupayaan MRCA," jelasnya.

Ditanya mengenai fungsi pesawat MiG-29, Rodzali berkata pesawat berteknologi 80an itu masih berkemampuan dan relevan terutamanya di rantau ini dan fungsi pesawat itu kini adalah sebagai Pesawat Pemintas dan Pertahanan Udara.

Rodzali berkata TUDM turut menyenarai pendek aset yang perlu diperolehi bagi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan beliau percaya kerajaan akan membuat keputusan berdasarkan kajian yang mendalam serta mengambil kira aspek kedudukan ekonomi negara dalam mengagihkan peruntukan kewangan.

"Kekurangan bajet tidak boleh berlarutan kerana ia akan menjejaskan kadar pusingan stok alat ganti sistam persenjataan dan seterusnya memberi impak ke atas tahap kebolehgunaan sistem persenjataan TUDM untuk tempoh jangka masa panjang," katanya.

Ditanya mengenai impak daripada kes kehilangan enjin jet kepada TUDM, Rodzali berpendapat ia sedikit sebanyak menjejaskan imej TUDM sebagai sebuah pasukan keselamatan yang memikul tanggungjawab mempertahankan ruang udara negara.

Beliau berkata pihaknya telah mengambil ikhtibar dari kejadian itu dan telah mengenalpasti kelemahan yang ada, sekaligus memperbaiki sistem pengurusan di setiap peringkat organisasi bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

"Bagi menaikkan semula imej TUDM, beberapa strategi khusus telah dirangka terutamanya dalam memberi gambaran sebenar kepada masyarakat tentang fungsi dan peranan serta kepentingan TUDM di dalam agenda mempertahankan keselamatan negara dari semasa ke semasa," katanya.

Rodzali berkata TUDM kini giat memberi penekanan dalam pembangunan modal insan yang merangkumi aspek-aspek peningkatan kemahiran, ilmu pengetahuan dan sikap yang positif di kalangan warga TUDM.

Katanya, bersempena ulang tahun TUDM ke-52 bertemakan "Strategik TUDM: Melangkah Ke Masa hadapan" beliau juga mahu perajuritnya lebih berkualiti dan berintelektual sejajar dengan pemodenan semasa.

"ATM (Angkatan Tentera Malaysia) secara amnya dan TUDM secara khususnya telah membuat keputusan untuk mengambil mereka yang sekurang-kurangnya berkelulusan ijazah bagi pengambilan akan datang (tahun depan).

"Jika sebelum ini pegawai yang dilantik hanya pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya...namun selepas ini kita mahukan mereka yang berkualiti menganggotai pasukan ini," kata Rodzali.

Katanya, TUDM juga akan mengadakan pelbagai pameran yang berkaitan dengan pasukan itu, bagi menarik golongan muda menjadi sebahagian sayap pasukan berkenaan.

Dalam usaha meningkatkan kredibiliti TUDM pada kelas teratas di mata dunia, beliau berkata pasukan itu sentiasa mengambil bahagian dengan melibatkan diri dalam misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) termasuk di Bosnia, Lubnan, Congo dan Sahara Barat.

"Negara-negara luar memandang tinggi terhadap keupayaan anggota-anggota ATM amnya dan TUDM khasnya. Ini kerana anggota kita telah dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan jayanya," katanya.

Rodzali berkata penglibatan TUDM dalam siri latihan di luar negara juga menunjukkan keupayaan krew dan juruterbang TUDM setaraf dengan negara lain malahan kepakaran serta kemahiran juruterbang TUDM membuktikan anggotanya sentiasa bersedia dan berupaya menghadapi ancaman di udara masa kini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan