Subsidi Yuran Pelajar Asing Di IPTA Dimansuh

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menarik balik subsidi yuran pengajian kepada pelajar asing di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai sesi pengajian Julai depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah berkenaan adalah bagi memastikan peruntukan subsidi dalam bidang pendidikan hanya dinikmati oleh rakyat negara ini sahaja.

"Mulai tahun ini secara serta-merta kita benarkan lagi apa-apa elemen subsidi kepada pelajar antarabangsa.

"Bagi pelajar antarabangsa di universiti awam, tak ada lagi elemen subsidi dalam yuran pengajian mereka...langsung tak ada," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di IPTA di negara ini menikmati subsidi sehingga 90 peratus sama seperti yang diterima pelajar tempatan.

Menurut Mohamed Khaled pemberian subsidi berkenaan merupakan insentif untuk menarik kemasukan pelajar asing bagi mewujudkan suasana pengantarabangsaan di universiti awam tempatan.

"Sekarang ini memandangkan setiap universiti tempatan sudah ada kekuatan sendiri, dan kita sedari pelajar asing memang suka nak masuk ke universiti awam, jadi kita tak perlu lagi memberi keistimewaan kepada mereka.

"Sebab itulah kita merakasakan mereka perlu dikenakan bayaran penuh, kita letakkan kuota lima peratus sahaja pelajar antarabangsa universiti awam di peringkat ijazah pertama," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan tidak berhasrat untuk mengurangkan atau menarik balik pemberian subsidi kepada pelajar tempatan di IPTA.

Beliau berkata, rakyat tidak perlu bimbang berhubung isu subsidi dalam bidang pendidikan kerana kerajaan menyedari sebahagian besar golongan berpendapatan rendah memerlukan subsidi untuk meneruskan pengajian anak-anak ke peringkat yang lebih tinggi.

"Tidak ada pun apa-apa cadangan untuk menarik sebarang subsidi yang sehingga hari ini memang kerajaan tampung untuk pelajar di universiti awam tempatan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan