Penjara Baru Akan Diklasifikasi

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kompleks Penjara Sungai Udang di negeri ini yang berharga RM305 juta dan mula beroperasi sejak dua minggu lepas akan dijadikan penjara khusus mengikut pengklasifikasi sebagaimana yang akan dilaksanakan di penjara baru lain di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Wira Zulkifli Omar berkata kompleks penjara itu yang boleh memuatkan kapasiti 3,000 banduan telah mula beroperasi pada 19 Mei lepas dengan kemasukan 130 banduan dari penjara juvana Sekolah Henry Gurney di Bandar Hilir di sini.

"Kita sedang lakukan kategori dan klasifikasi banduan dari segi (kesalahan) banduan dan penjara (untuk ditempatkan) di penjara Sungai Udang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program "Bacalah, Kamu Masih Di Hati" yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara dan Perpustakaan Negara di Sekolah Henry Gurney, di sini hari ini.

Beliau berkata antara contoh penjara khusus ialah penjara Kajang yang menempatkan pesalah yang menunggu proses penghukuman manakala penjara Sungai Buluh menempatkan pesalah yang dikenakan perintah tahanan reman.

Katanya kaedah pengkhususan penjara dilakukan di penjara baru supaya program pemulihan lebih berkesan berbanding sistem dahulu di mana para banduan dengan kesalahan pelbagai bercampur antara satu sama lain.

"Kesalahan bagi banduan yang tegar sebagai contoh melalui proses pemulihan di penjara yang berbeza kaedahnya berbanding banduan yang lain," katanya.

Zulkifli berkata kompleks penjara Sungai Udang yang serba canggih antara lain menempatkan sel penjara lelaki dan wanita, kediaman kakitangan dan kemudahan lain, pada masa kini mempunyai kakitangan seramai 150 orang berbanding keperluan seramai 800 kakitangan.

"Kami masih menunggu kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan proses pengambilan kakitangan masih berterusan," katanya.

Katanya program khusus bagi pemulihan banduan di penjara itu masih sedang dikaji.

Beliau berkata penjara di Bandar Hilir telah ditutup dan akan dijadikan Muzium Penjara Malaysia yang antara lain menawarkan pengalaman bermalam bagi para pengnjung yang berminat.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar dan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaffar Shukor. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan