Pemuda Umno Kecam Serangan Israel Ke Tas Konvoi Kemanusiaan

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal pagi tadi.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, masyarakat antarabangsa perlu bersatu mengutuk serangan ini atas prinsip kemanusiaan sejagat.

"Pembunuhan kejam ini dilakukan di perairan antarabangsa, lebih kurang 65 kilometer dari persisiran Gaza di mana tentera Israel tiada langsung hak kedaulatan untuk menyerang konvoi kapal tersebut.

"Tindakan ini ternyata melanggar peraturan antarabangsa lantas membuktikan sekali lagi bahawa rejim Israel adalah satu rejim zalim laknatullah yang langsung tidak menghormati undang-undang," katanya.

Dalam serangan kira-kira pukul 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia), tentera Israel menyerang kapal Turki "Mavi Marmara" yang turut dinaiki seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani.

Bagaimanapun nasib wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sehingga kini masih belum diketahui.

Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.

Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua dari TV3.

Selain itu menurut Khairy, insiden berkenaan merupakan ujian kepada kuasa-kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat di bawah Presiden Barack Obama yang sebelum ini menjanjikan pembaharuan dasar luar yang lebih adil kepada umat Islam.

"Sudah tiba masa beliau mengotakan janjinya kepada dunia dengan tidak lagi menyelindungi keganasan sekutunya sepertimana Presiden-Presiden sebelum ini.

"Pemuda Umno juga menggesa Kerajaan Malaysia melalui Kementeri Luar Negeri bersama rakan-rakan luar yang lain untuk segera mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Israel," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan