Pakistan, Malaysia Ikrar Tingkatkan Kerjasama Pertahanan

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lawatan delegasi pertahanan peringkat tertinggi Malaysia ke Islamabad, Pakistan minggu lepas membawa kepada komitmen baru yang dijalin antara Malaysia dan negara yang dilawati itu, kata Suruhanjaya Tinggi Pakistan hari ini. Delegasi itu, yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk bertemu Ketua Staf Angkatan Tentera Jeneral Ashfaq Parvez Kayani di samping Setiausaha Pertahanan Lt. Jen (B) Syed Athar Ali secara berasingan, menyemak semula kerjasama dua hala membabitkan pertahanan antara kedua-dua negara.

"Kedua-dua negara telah mengulangi komitmen untuk terus meningkatkan dan meneguhkan kerjasama pertahanan.

"Ia turut menekankan bahawa hubungan pertahanan perlu dipertingkatkan dan bidang baru perlu diterokai memandangkan terdapat skop yang sangat luas untuk kerjasama dalam bidang pertahanan," menurut kenyataan suruhanjaya itu di sini.

Mesyuarat itu bersetuju untuk meningkatkan interaksi antara Angkatan Tentera kedua-dua negara dan kerjasama dalam bidang latihan ketenteraan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan