Najib Lawat Laos 2 Jun

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Laos mulai 2 Jun ini, iaitu lawatan pertama beliau ke Republik berkenaan sejak menjadi Perdana Menteri tahun lepas.

Perdana Menteri akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor selain beberapa menteri Kabinet, pegawai kerajaan, anggota media dan delegasi perniagaan.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan Perdana Menteri ke Laos menegaskan kepentingan yang diletakkan oleh Malaysia terhadap hubungannya dengan negara itu.

Lawatan itu juga menggambarkan komitmen Malaysia untuk melibatkan Laos secara aktif dalam dialog dan perbincangan bagi memperluas serta memperkukuhkan hubungan sedia ada antara dua-dua negara.

Ia juga bertujuan merintis laluan bagi meneroka bidang lain yang mempunyai potensi kerjasama di masa depan.

Pertemuan yang dijadual bagi kedua-dua pemimpin turut menyediakan peluang yang terbaik untuk mereka bertukar-tukar pandangan dan lebih memahami isu yang membabitkan kepentingan dua hala.

Kemuncak acara lawatan Perdana Menteri ialah pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Laos, Bouasone Bouphavanh, yang akan berlangsung pada 2 Jun di Vientiane.

Kedua-dua pemimpin kemudian akan menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian dan Memorandum Persefahaman antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Laos.

Beliau juga dijadual mengunjungi Presiden Laos, Choummaly Sayasone.

Najib dijangka berucap kepada kalangan perniagaan dari kedua-dua negara dalam Forum Perniagaan sebelum berlepas pulang ke tanah air pada 4 Jun. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan