Markiman Angkat Sumpah Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri - Berita Semasa | mStar

Markiman Angkat Sumpah Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Anggota Parlimen Hulu Langat Datuk Markiman Kobiran hari ini mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik yang baru kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Markiman, 53, mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri di sini dan disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau menggantikan Datuk Abdul Hamid Nazahar. Markiman adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat dan bekas Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan