Kerajaan Harus Tingkat Penguatkuasaan Tegah Orang Islam Berjudi

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan hendaklah meningkatkan penguatkuasaan dan tegas menegah orang Islam daripada terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian.

"Mana-mana individu beragama Islam yang didapati berjudi hendaklah ditangkap," katanya ketika diminta mengulas tentang pemberian lesen konsesi berbilion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corp bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 bulan depan.

"Negara ini mempunyai rakyat pelbagai kaum. Kita tidak boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang tidak haram bagi mereka tetapi haram untuk umat Islam," katanya pada satu sidang akhbar di sini.

Dr Mahathir berkata penguatkuasaan memang sudah dilakukan terhadap orang Islam di negara ini supaya tidak terlibat dengan aktiviti perjudian, "tapi kalau dia nak pi (pergi) Singapura, nak pi (ikut) terlibat (berjudi), kita tak dapat buat apa lah."

Kementerian Kewangan pada awal bulan ini mengeluarkan lesen itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan