Keluarga Bimbang Nasib 11 Sukarelawan Malaysia Ditawan Tentera Zionis

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kaum keluarga 11 sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang berada di atas kapal Mavi Marmala yang diserang tentera Israel pagi tadi kini bimbang dengan nasib aktivis-aktivis terbabit.

Lebih-lebih lagi hubungan dengan Flotila Pembebasan turut terputus tanpa dapat mengetahui nasib yang menimpa insan kesayangan masing-masing.

Abdullah Muis, 22, anak kepada Dr Ir Selamat Aliman yang mewakili Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) berkata, kali terakhir bapanya menghubunginya melalui telefon ialah pada Khamis lepas, sebelum menaiki kapal di Turki.

Seterusnya, dia hanya mengetahui perkembangan konvoi tersebut melalui Internet.

"Ayah ada beritahu suasana sebelum dia dan rakan-rakannya menaiki kapal sangat tenang dan pasukan dari Malaysia bersemangat untuk ke Gaza bagi menghantar sumbangan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdullah berkata, mereka sekeluarga masih lagi tergamam dan tertanya-tanya bagaimana situasi dan keselamatan bapa mereka di sana.

Menurut Abdullah, apa yang dapat mereka sekeluarga lakukan ialah mendoakan supaya bapanya dan semua peserta selamat.

"Kalau ditakdirkan ayah terkorban, kami reda kerana ianya jalan terbaik yang telah ditentukan oleh-Nya," katanya.

Sementara itu, isteri kepada Abd Halim Mohamed Redzuan, Nur Dalilah memberitahu suaminya ada meninggalkan pesan sebelum menyertai konvoi kemanusiaan itu.

"Suami saya kata jika apa-apa berlaku terhadap dirinya dan ditakdirkan dia terkorban, dia minta supaya dia tidak dibawa pulang," katanya.

Kali terakhir Abd Halim telah menghubungi isterinya pada Khamis lepas sebelum dia menaiki kapal menuju ke Gaza.

Isteri kepada seorang lagi sukarelawan, Noorazman Mohd Samsudin iaitu Mazlinah Ghazali berkata, sebagai isteri kepada ketua pasukan sukarelawan Malaysia ke Gaza, dia sering berhubung dengan suaminya melalui e-mel dan telefon untuk mengetahui perkembangan terkini suaminya dan sukarelawan yang lain.

"Pagi tadi kali terakhir saya dihubungi suami. Dia beritahu saya ada helikopter berlegar di udara dan kapal mereka dikepung," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan