Indonesia Kutuk Serangan Israel Terhadap Mavi Marmara

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Indonesia hari ini mengutuk serangan dan tindakan kekerasan regim Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dilaporkan menyebabkan sejumlah kematian dan kecederaan.

Pendirian ini dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Indonesia petang Isnin.

Sementara itu Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa yang bercakap kepada wartawan di Istana Negara berkata sekatan Israel terhadap Gaza sendiri merupakan satu perlanggaran undang-undang antarabangsa dan oleh yang demikian tidak ada asas untuk menyerang dan menghalang kapal berkenaan.

Indonesia, katanya akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dan rakyat Palestin, untuk memastikan Israel bertanggungjawab ke atas tindakan itu yang dilakukan di luar perairan wilayahnya.

Menteri Luar itu juga menegas bahawa Indonesia akan terus memantau kejadian itu terutamanya untuk menentukan nasib 12 warga negaranya yang dilaporkan berada di atas kapal itu.

Marty berkata Indonesia akan terus berkomunikasi dengan beberapa perwakilannya di kawasan itu seperti di Ankara (Turki), Kaherah (Mesir) dan Amman (Jordan).

Setakat ini perwakilan Indonesia mengesahkan sekurang-kurangnya lima warga negara itu berada di atas kapal berkenaan sementara bakinya sedang disahkan keadaannya.

Mavi Marmara merupakan salah satu daripada konvoi beberapa buah kapal yang membawa kira-kira 700 sukarelawan dari 50 buah negara, yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, apabila serang pasukan komando Israel awal hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan