Harga Gula Tidak Akan Naik Esok - Ismail Sabri

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini menyangkal laporan harga gula akan dinaikkan bermula esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan menaikkan harga gula dalam waktu terdekat dan subsidi barang kawalan itu masih dikekalkan.

Ismail Sabri juga meminta pengguna supaya tidak panik dengan khabar angin tersebut.

"Harga gula akan dinaikkan esok adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Pengguna 2010 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Malah katanya, kerajaan akan meningkatkan bekalan gula bersempena cuti sekolah dan Hari Gawai bagi menampung permintaan di musim cuti.

"Kebiasaannya permintaan pada musim cuti akan meningkat kerana ramai yang akan melangsungkan perkahwinan jadi kerajaan telah meningkatkan pengeluaran gula dari kadar biasa untuk musim cuti," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyangkal negara ini mengalami krisis kekurangan gula dan hanya menganggap berita mengenai laporan kehabisan gula di sesetengah negeri berpunca daripada perasaan panik masyarakat.

Katanya, apabila ada laporan mengenai kehabisan gula pengguna mula panik dan membeli sebanyak mungkin gula untuk di simpan sebagai stok.

"Panic buying menyebabkan sesetengah kedai kehabisan gula, bukannya kita menghadapi krisis kekurangan gula.

"Jika terdapat 1,000 kedai dan 995 daripadanya tidak ada bekalan gula itu baru dinamakan krisis. Setakat ini yang dilaporkan hanya ada beberapa kedai yang tidak mempunyai gula," ujarnya.

Katanya lagi, akibat kerisauan pembeli itu telah menyebabkan stok gula cepat habis dan peniaga terpaksa menunggu giliran untuk menambah stok kerana mengikut jadual.

"Logiknya, jika stok gula sampai pada hari Isnin dan stok habis pada hari yang sama kerana pengguna panik dengan khabar angin sedangkan stok baru hanya akan diisi pada Khamis.

Peniaga terpaksa tunggu giliran untuk stok dihantar oleh pemborong. Itu menyebabkan ada segelintir kedai kehabisan stok," ujarnya.

Sementara itu, Ismail Sabri meminta pengguna tidak panik apabila mendengar khbar angin mengenai perkara itu atau terbaca laporan di akhbar.

Menurutnya, sikap pengguna yang mudah panik dan terburu-buru mendapatkan bekalan gula akan memberi keuntungan kepada peniaga dan memberi peluang kepada mereka untuk mengenakan pelbagai syarat kepada pembeli sebelum mendapatkan gula.

Dalam pada itu, beliau tidak menyangkal aktiviti menyeludup gula ke negara jiran semakin berleluasa dan memberitahu aktiviti tersebut agak aktif berlaku di Kelantan melalui Sungai Golok.

"Perkara ini agak merisaukan dan kita juga telah mendapat kelulusan daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) untuk membantu dalam mengawasi beberapa kawasan berpotensi di sempadan supaya dapat membanteras aktiviti penyeludupan gula ke negara jiran," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan