1Malaysia Diterima Secara Menyeluruh - Najib

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib (tengah) bersama Megat (kiri) dan Abdul Wahid memotong pulut kuning sebagai upacara menyambut ulang tahun ke-50 Maybank di Menara Maybank, Kuala Lumpur, hari ini. Foto AZHAR MAHFOF The Star
Najib (tengah) bersama Megat (kiri) dan Abdul Wahid memotong pulut kuning sebagai upacara menyambut ulang tahun ke-50 Maybank di Menara Maybank, Kuala Lumpur, hari ini. Foto AZHAR MAHFOF The Star

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, konsep 1Malaysia bukan sekadar satu konsep toleransi di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama tetapi juga adalah satu penerimaan secara menyeluruh dalam kehidupan sebagai satu masyarakat yang bersatu.

Menurut beliau, banyak lagi proses dalam memantapkan 1Malaysia yang perlu dilakukan tetapi momentumnya sudah menunjukkan semangat dan keterujaan rakyat.

“Lihat kepelbagaian masyarakat yang merupakan aset negara dan mereka bertoleransi antara satu sama lain daripada bangsa, agama, komuniti dan etnik yang berbeza-beza.

“Namun penerimaan secara menyeluruh ini adalah sumber kekuatan kepada kepelbagaian itu yang bukan sahaja terhadap aspek kebudayaan, tetapi juga perniagaan dan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diajukan soalan mengenai kejayaan konsep 1Malaysia oleh salah seorang kakitangan Maybank pada Majlis Bersama Warga Maybank di Jalan Tun Perak, di sini hari ini.

Menurut Najib, apa yang penting ialah penerimaan mereka (rakyat) terhadap konsep 1Malaysia sebagai sebahagian daripada integrasi di negara ini.

“Konsep 1Malaysia memerlukan sedikit masa. Ia adalah satu proses dan kita sudah pun memulakan dan terdapat momentum terhadap,” ujarnya.

Pertemuan Najib bersama lebih 2,000 kakitangan Maybank adalah sempena ulang tahun ke-50 intitusi perbankan itu.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan