18 Ahli PAS Alor Binjal Sertai UMNO

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 18 orang ahli PAS di Alor Binjal di sini bertindak keluar parti itu dan memohon menyertai UMNO setelah sedar bahawa PAS gagal membawa sebarang perubahan kepada rakyat walaupun kini berkuasa menerajui kerajaan Kedah.

Majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu diadakan pada mesyuarat UMNO cawangan Alor Binjal di sini pada Ahad. Selain borang daripada 18 anggota PAS itu, turut diserahkan ialah 12 borang ahli baru.

Bekas anggota PAS Alor Binjal, Majid Seman, yang menyerahkan borang-borang itu kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Guntor Tobeng Mansor Tobeng, berkata mereka mengambil keputusan menyertai UMNO selepas melihat PAS gagal menerajui kerajaan negeri dengan berkesan selain kecewa dengan sikap pemimpin PAS kawasan berkenaan yang tidak mempeduli nasib rakyat.

"Kesusahan penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu ini tidak dipedulikan oleh wakil rakyat kawasan ini. Pemimpin PAS gagal berbakti kepada rakyat," katanya.

Guntor Tobeng pula berkata penghijrahan anggota PAS kepada UMNO membuktikan orang ramai semakin sedar terhadap kelemahan kerajaan negeri.

"Selepas dua tahun memerintah Kedah, kelemahan kerajaan negeri sekarang terlalu ketara, dan banyak masalah rakyat gagal diselesaikan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan