Satu Lagi Positif H1N1 Di Perak Jadikan 14,804 Kes Seluruh Negara

Diterbitkan: Ahad, 30 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu lagi kes disahkan positif Influenza A (H1N1)di Perak daripada dua laporan kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI) di negeri itu menjadikan jumlah terkumpul kes berkenaan kini 14,804 di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata jumlah kes ILI yang masih dirawat di hospital seluruh negara adalah 589 kes dengan 49 daripadanya disahkan positif H1N1.

"Lima daripada enam kes H1N1 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah individu yang mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata tiada kematian baru direkodkan dengan jumlah kematian kekal kepada 87 kes.

Dr Mohd Ismail turut mengingatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan berikutan jangkitan H1N1 masih aktif dalam negara seperti juga di kebanyakan negara lain.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus itu seperti fasiliti kesihatan kerajaan yang menyediakan kemudahan pelalian kepada kumpulan berisiko serta langkah-langkah pencegahan boleh melayari lawan web http://www.moh.gov.my atau http:h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan dengan menelefon 03-88810200/300. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan