Perhimpunan GAS Disabotaj, Namun Berjaya - Mugilan

Diterbitkan: Ahad, 30 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI KEMBANGAN: Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan mendakwa Perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) telah disabotaj tetapi masih berjaya diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa (MIECC) di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat pihak tertentu menghalang bas-bas yang membawa para penyokong dari Pahang, Johor dan Pulau Pinang untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Malah dakwanya, salah seorang pemimpin telah "menghilangkan diri" atau dipergunakan untuk menghalang perhimpunan itu.

"Walaupun disabotaj dan lokasi ditukar, saya tetap gembira kerana perhimpunan ini tetap menyaksikan kehadiran ramai penyokong serta mendapat liputan media meluas," katanya kepada pemberita.

Beliau mendakwa, pihak terbabit membayar RM5,000 untuk menahan setiap bas ke perhimpunan GAS.

Selain itu, Mugilan mendakwa, sesetengah penyokong turut diugut oleh pihak tertentu supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Mereka dimaklumkan bahawa di sini tiada pengawasan polis sekaligus membimbangkan mereka terhadap keselamatan. Bagaimanapun, perhimpunan GAS hari ini adalah aman dan berjalan lancar," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan