Pengurangan Subsidi Diminta Supaya Tidak Babitkan Bidang Pendidikan

Diterbitkan: Ahad, 30 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Kerajaan diminta supaya mengecualikan aspek subsidi kepada bidang pendidikan dalam kajian mengenai pengurangan subsidi secara sistematiknya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara ini perlu kerana sebahagian besar daripada para ibu bapa dalam negara bergantung kepada subsidi kerajaan bagi membiayai pelajaran anak-anak di peringkat tinggi.

Beliau berkata sekiranya subsidi itu ditarik balik, sudah pasti ramai ibu bapa dan pelajar terbabit akan kecewa dan mungkin tidak dapat meneruskan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

"Ramai ibu bapa terutama di luar bandar yang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kebanyakannya memerlukan bantuan dan pinjaman kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program 'Moh Desa Perwira' anjuran Universiti Pertahanan Nasional di Kampung Bangau Parit dekat sini hari ini.

Beliau berkata Pinjaman Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) yang disediakan oleh kerajaan meringankan bebanan ibu bapa dan adalah tidak wajar untuk mengurang atau menarik balik subsidi itu.

Saifuddin berkata tidak dinafikan kerajaan menyediakan peruntukan pendidikan yang besar setiap tahun, namun subsidi pendidikan tidak wajar ditarik balik kerana ia sangat diperlukan rakyat terutamanya ibu bapa di kawasan luar bandar dan pedalaman. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan