PAS Minta Kerajaan Kaji Beberapa Isu Yang Diputuskan

Diterbitkan: Ahad, 30 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan mengkaji secara menyeluruh berhubung beberapa isu yang diputuskan baru-baru ini demi kepentingan negara dan rakyat.

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata isu tersebut termasuk cadangan pemansuhan subsidi, tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura, pembangunan Kampung Baru dan lesen pertaruhan perlawanan bagi bola sepak Piala Dunia 2010.

"Kajian mendalam harus dibuat. Pada saya, bukankah kerajaan bertanggungjawab atas perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan kesihatan, jadi kenapa perlu hapus subsidi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' PAS Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Nasharudin berkata PAS juga akan meminta justifikasi daripada kerajaan berhubung isu tanah KTMB di Tanjong Pagar, Singapura dan di Lapangan Terbang Sungai Besi pada persidangan Parlimen akan datang.

Berhubung isu lesen pertaruhan Piala Dunia, Nasharudin berkata PAS akan membawa satu usul untuk dibahaskan berkaitan perkara itu pada persidangan itu kerana beberapa pihak sudah pun menolaknya termasuk Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan