Krisis Dalaman PKR Makin Meruncing - Mohd Fairus

Diterbitkan: Ahad, 30 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin berkata krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat(PKR) kini kian meruncing dan parti itu hanya menunggu masa untuk "karam".

"Jika dulu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tohmahan bahawa 'kapal Umno' akan menerima nasib seperti 'Titanic' tapi hakikatnya kini, itulah nasib yang akan dialami PKR tidak lama lagi," katanya ketika ditemui selepas Ceramah Perdana Program Juara Rakyat anjuran Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, di Kampung Sungai Tengas, dekat sini malam tadi.

Hadir sama pada majlis yang disertai hampir 1,000 penduduk tempatan itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin.

Mohammad Fairus berkata Anwar kini berada dalam keadaan terdesak kerana semakin ramai anggota Melayu yang lari keluar PKR kerana bosan dengan tindak-tanduk dan janji palsu pemimpinnya.

Beliau berkata, kini Penasihat PKR itu menaburkan pula janji menggunung untuk memberi kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua kepada orang Cina setelah PAS ditawarkan untuk jawatan timbalan pertama jika beliau menjadi Perdana Menteri.

Mohammad Fairus juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Kongres PKR di Kota Baharu Jumaat lalu bahawa anggota yang keluar parti, khususnya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen, telah menerima imbuhan RM2 juta setiap seorang.

"Inilah dia apa yang disebut sebagai pembunuhan politik pusingan kedua yang dilakukan pemimpin PKR seperti Wan Azizah yang sudah ketandusan modal, dan untuk mendapatkan sokongan rakyat, mereka mengeluarkan pelbagai fitnah yang melulu demikian," katanya, sambil menambah tindakan itu adalah "Prosedur Operasi Standard" Anwar.

Mohammad Fairus berkata, perkara itu sebenarnya tidak pernah berlaku kerana penyertaan beliau dalam Umno adalah kerana perjuangan dan tidak pernah menerima sebarang imbuhan walaupun satu sen. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan